SEJARAH

JAWATAN KUASA KESELAMATAN KAMPUNG DAN KEMAJUAN KAMPUNG (JKKK)
KG. KIROKOT BARU
D/A PETI SURAT 590
89007 KENINGAU,
HP (PENGERUSI) - 019 - 8327082 / HP (S/U) - 013 - 5480693
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


SEJARAH, PROFAIL KAMPUNG KIROKOT BARU, KENINGAU.


Kampung Kirokot Baru, Apin-Apin, yang terletak 20 km dari bandar keningau mula diduduki pada tahun 1959. Kebanyakan penduduk adalah daripada suku kaum kadazan dusun yang berasal daripada Kidalamas Tambunan (Kirokot lama di Tambunan), Garas Tambunan, dan Babagon Tambunan. Penduduk mula berpindah atas sebab faktor ekonomi, pendidikan dan kesihatan selain tujuan kemudahan faktor utama hidup. Perpindahan ini membawa kepada persetujuan serta perbincangan mereka (penduduk) memutuskan untuk memberi nama pada tanah baru ini iaitu "Kampung Kirokot Baru" sebagaimana nama asal sungai di kampung kirokot lama tambunan. Pada mulanya juga, kampung ini dikenali sebagai "Kampung Ranggom Baru" kerana terdapat dua (2) buah keluarga yang menetap disini adalah daripada kampung ranggom dan oleh kerana majoriti penduduk kampung ini adalah berasal daripada Tambunan dan ketua kampung pertama pada masa itu adalah arwah KK Gamboi Langang yang mana juga berasal dari Tambunan telah memutuskan nama tanah ini diberi kepada "Kampung Kirokot Baru"

Arwah KK Gamboi Langang telah memohon tanah kerajaan seluas 5.5 hektar untuk tujuan tapak kampung Kirokot Baru Reserver di mana permohonan pewartaan kampung untuk diwartakan telah pun diajukan kepada pihak Jabatan Tanah dan Ukur Keningau pada 6 Mac 2009. (Ruj. Bil Permohonan : 20-09130294.

Di samping itu, Arwah KK Gamboi Langang juga telah memohon tanah seluas 78 hektar tanah simpanan untuk kampung kirokot baru yang terletak bersebelahan dengan kampung lambanga yang sudah mempunyai penduduk pada masa itu. Maksudnya, Kampung Lambanga adalah reserve di bawah pentadbiran JKKK dan KK Kg Kirokot Baru.

JKKK dan Ketua Kampung Lambanga juga tidak ada kena mengena dengan tanah simpan kawasan tersebut hanya kerana dikeliru oleh nama kampung sahaja.

Setakat tahun 2009, bilangan penduduk kampung kirokot baru termasuk penduduk yang sudah membina rumah dikawasan tanah simpan dekat Kampung Lambanga adalah dalam 600 orang.

Agama yang ada pada kampung kirokot baru ada dua (2) sahaja iaitu Islam dan Kristian. Selain rumah-rumah penduduk, bangunan-bangunan yang ada di kampung ini ialah bangunan gereja, surau, sekolah agama islam, balai raya lama, dan mini dewan balai raya (baru 2015). Manakala infrastruktur asas yang lain adalah bekalan air kerajaan, bekalan elektrik SESB, jalan raya kampung berturap dan perkhidmatan telefon.

Majoriti sumber ekonomi penduduk adalah tanaman padi dan menoreh getah. Disamping itu juga, terdapat penduduk yang berkerja di sektor kerajaan dan swasta dan aktiviti penduduk kampung sudah pasti bercucuk tanam, penternakan (ayam dan lembu), dan lain-lain.

Dari segi pendidikan, status pendidikan adalah tinggi dan menjawat pelbagai jawatan dalam dektor kerajaan, Negeri dan persekutuan.

Kampung Kirokot Baru setakat ini tidak mempunyai bangunan sekolah rendah umum tetapi, terdapat sekolah berdekatan seperti Sk. Merampong, Sk. Apin-Apin, dan Sk St. James untuk kemudahan persekolahan.

Tadika Kemas pra-sekolah yang terdekat adalah di Kg. Kikiran sebagai tumpuan utama pra-sekolah kepada anak-anak penduduk.

Sekolah menengah yang terdekat adalah di SMK. Apin-Apin, terletak kira-kira 1 KM dari Kampung Kirokot Baru.

Parti politik : PBS, UMNO, PBRS.

sumber : JKKK


0 comments:

Post a Comment